'Saya mohon banyak-banyak keluar mengundi' - Nur Jazlan

Nur Jazlan membuang undi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusof, Kampung Pasir pada Sabtu.
Nur Jazlan membuang undi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusof, Kampung Pasir pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai digesa keluar mengundi dan tidak berlengah memandangkan peratusan keluar mengundi masih rendah setakat jam 2 petang pada Sabtu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PRK kali ini cukup penting kepada majoriti dua pertiga Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak dapat majoriti dua pertiga, banyak perkara yang dirancang tidak dapat diselesaikan.

"Saya harap rakyat akan melihat bahawa PRK Pulai ini walaupun hanya melibatkan satu kawasan Parlimen tapi sebenarnya ia mempunyai implikasi kepada seluruh agenda kerajaan di peringkat nasional.

"Saya mohon banyak-banyak mereka (pengundi Pulai) keluar mengundi, tambah lagi orang Cina, please keluar mengundi. Jangan pandang PRK ini sebagai kecil sahaja yang tak akan mengubah nasib mereka

"Orang Cina nakkan perubahan, inilah dia peluang nak buat perubahan tapi jangan pula pandang PRK ini sebagai pilihan raya tak penting dengan tidak mahu keluar mengundi kerana sebab-sebab tertentu," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara berkata demikian selepas mengundi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusof, Kampung Pasir di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berharap peratusan keluar mengundi pada PRK Parlimen Pulai mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus, lebih tinggi berbanding pilihan raya negeri (PRN) dahulu yang menyaksikan keseluruhan Parlimen Pulai sekadar 50 peratus sahaja.

Artikel Berkaitan:

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi sehingga jam 2 petang bagi Parlimen Pulai sebanyak 33 peratus manakala DUN Simpang Jeram, 44 peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!