Cubaan kali pertama berhasil, hadiah buat keluarga

Nurashidah (dua dari kanan) menyampaikan hadiah wang tunai kepada adik Nur Azra selaku juara Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM pada Sabtu.
Nurashidah (dua dari kanan) menyampaikan hadiah wang tunai kepada adik Nur Azra selaku juara Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar Tahun Empat tidak menjangka cubaan kali pertama menyertai pertandingan membuahkan hasil apabila dinobat sebagai johan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEB Waste Management (KDEBWM) sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB).

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah, Nur Azra Ilana Mohd Azrul, 10, yang menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan?’ itu membawa pulang hadiah wang tunai RM400.

“Saya sangat teruja dan gembira sebab tak sangka boleh jadi pemenang pertandingan ini kerana saya hanya berlatih seminggu sahaja.

“Kalau ada kesempatan, saya nak sertai lagi pertandingan seperti ini supaya dapat asah bakat saya.

Johan Aksi Nur Azra Ilana ketika menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan? dalam Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM pada Sabtu
Johan Aksi Nur Azra Ilana ketika menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan? dalam Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM pada Sabtu

“Dengan wang kemenangan RM400 ini saya mahu beri kepada ibu bapa yang banyak bantu saya,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan tersebut yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Naib johan dimenangi peserta dari SK Olak Lempit, An Nur Asyfa dengan hadiah wang tunai RM250 dan tempat ketiga dirangkul dari peserta SK Convent (1) Klang, Nitthysha (RM100) manakala saguhati RM50 masing-masing diberikan kepada Zara Afina, SK Putrajaya Presint 16 (1) dan Gusti Adam dari SK Dengkil.

Peserta lain adalah dari SK Telok Gadong, SK Kampung Endah, SK Kebun Baharu, SK Kampung Medan, SK Saujana Utama, SK Taman Klang Jaya, SK Puncak Alam (2), SK Bukit Kuchai, Pusat Tahfiz Darul Haafizhin dan SK Putrajaya Presint 16 (2).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat KDEBWM, Nurashidah Shaharudin menerangkan, pihaknya tertarik untuk menaja pertandingan itu kerana temanya berkait rapat dengan alam sekitar selain memberikan kesedaran kepada murid sekolah di Selangor.

Peserta Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.
Peserta Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEBWM yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Menurut beliau, pada masa sama, ia akan meluaskan lagi pengetahuan orang ramai mengenai peranan KDEBWM sebagai syarikat yang mengutip dan menguruskan sisa pepejal di sekitar Selangor.

Ditanya jika penganjuran karnival yang terbesar di Selangor itu diadakan pada masa hadapan, Nurashidah memaklumkan, pihaknya berbesar hati dan teruja untuk menjadi penaja sekiranya pihak penganjur berbuat demikian.

“Jika ia diadakan lagi pada tahun depan, kami berbesar hati untuk taja pertandingan seperti ini kalau ada rezeki dan diberi peluang.

“KPSB sangat bagus kerana ia melibatkan anak-anak dalam usaha mendidik mereka tentang apa-apa bidang ilmu sejak kecil,” ujarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!