Pantai Hospital Klang sediakan pemeriksaan kesihatan percuma

Kakitangan Pantai Hospital Klang sedang menjalankan pemeriksaan gula kepada pengunjung.
Kakitangan Pantai Hospital Klang sedang menjalankan pemeriksaan gula kepada pengunjung.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dengan mengunjungi reruai Pantai Hospital Klang sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Pegawai perubatan Pantai Hospital Klang, Dr Santhia Sundar, berkata, antara pemeriksaan yang dijalankan adalah tekanan darah, bacaan gula dan kolesterol dalam darah.

Katanya, bagi yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, pengunjung boleh pergi ke mana-mana cawangan Pantai Hospital berdekatan dengan mereka.

Dr Santhia
Dr Santhia

"Kami menyediakan dua kategori pemeriksaan iaitu 'Executive Screening Programmes' yang terbahagi tiga jenis pakej antara RM188 hingga RM588 dan 'Cardiac Screening Programme' pula RM650.

"Setiap pakej merangkumi beberapa ujian darah, kencing, stres, pemeriksaan jantung, kesihatan penghadaman termasuk laporan dikendali oleh pegawai perubatan.

"Prosedur ini penting sekurang-kurangnya sekali setahun atau dua kali terutama mereka yang berumur lebih 35 tahun bagi mengesan penyakit kronik seperti barah," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Dr Santhia (tiga dari kiri) bersama kakitangan Pantai Hospital Klang di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, pada Sabtu
Dr Santhia (tiga dari kiri) bersama kakitangan Pantai Hospital Klang di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, pada Sabtu

Dalam pada itu, beliau juga menekankan orang ramai untuk mempelajari CPR supaya dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Ujarnya, keadah itu adalah langkah awal untuk menyelamatkan mangsa sementara menunggu paramedik tiba di tempat kejadian.

"Bantuan pernafasan itu digunakan ketika seseorang tidak bernafas, nadi, degupan jantung lemah atau tidak memberi tindak balas kepada mana-mana rangsangan seperti situasi serangan jantung dan mangsa lemas.

"Ia berfungsi mengaktifkan atau mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan organ penting yang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!