HFMD: Jumlah kes menurun, wabak meningkat

Dr Zaini (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung program Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Kelantan 2023 pada Sabtu.
Dr Zaini (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung program Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Kelantan 2023 pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini mencatatkan penurunan tahun ini iaitu 4,550 kes sehingga minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, tahun lalu sebanyak 7,724 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Menurutnya, daerah Kota Bharu merekodkan kes tertinggi dengan 1,958 kes.

"Walaupun kes menurun tetapi jumlah wabak meningkat tahun ini iaitu 42 wabak berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Kelantan 2023 pada Sabtu.

Justeru beliau meminta orang ramai terus menjaga kesihatan dan memantau anak-anak bagi mengelakkan berlaku kes penularan.

"Kita tidak boleh berasa selesa dengan situasi penurunan itu tetapi perlu berusaha menjaga kebersihan supaya tidak berlaku wabak terhadap anak-anak terutama di sekolah," katanya.

Dalam pada itu beliau menjangkakan penyakit berkenaan boleh meningkat jika tiada langkah-langkah pencegahan terutama melibatkan institusi yang ramai.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!