PRK: Proses pengundian di 61 pusat pengundian lancar

Kamarul Zaman (tengah) bertemu anggota polis yang bertugas di Pusat Penjumlahan Undi Bagi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
Kamarul Zaman (tengah) bertemu anggota polis yang bertugas di Pusat Penjumlahan Undi Bagi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Proses pembuangan undi di 61 pusat pembuangan undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu berjalan lancar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku yang berjaya dikawal polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Semua proses pengundian dari jam 8 pagi sehingga 6 petang di dua kawasan PRK tersebut lancar. Cuma pada peringkat awal hujan dan berlaku kesesakan dalam bandar.

"Walaupun ada dua insiden di Sungai Abong, Muar, ada dua kumpulan parti berdekatan bersorak tetapi polis telah berjaya pisahkan kumpulan tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Penjumlahan Undi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan proses pengundian yang lancar itu menunjukkan keadaan terkawal serta tidak berlaku sebarang ancaman.

Menurutnya, seramai 4,00 pegawai dan anggota polis bertugas sepanjang tempoh PRK tersebut untuk mengawal dan memastikan situasi dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 140 laporan polis diterima atas pelbagai kesalahan pilihan raya sejak mula berkempen pada 26 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, daripada jumlah tersebut, 26 kertas siasatan sudah dibuka dan antara kesalahan paling banyak dilakukan ialah menurunkan poster, merosakkan papan iklan dan bendera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!