Tercekik anggur, kanak-kanak dua tahun meninggal dunia

Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital. - Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 pagi Sabtu ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

Katanya, terdahulu kanak-kanak itu telah menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh akibat tercekik ketika memakan buah anggur di rumahnya di Taman Merbok dekat sini, dan doktor di hospital berkenaan telahpun berjaya mengeluarkan buah anggur itu.

Beliau berkata, bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Kanak-kanak itu (kemudiannya) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lepas,” katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

Christopher berkata, menurut doktor punca kematian kanak-kanak itu ialah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!