Gol hadiah buat Harimau Malaya, rakyat Malaysia - Faisal

Faisal sujud syukur selepas jaringkan gol ketika berdepan China pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu. - Foto FB FAM
Faisal sujud syukur selepas jaringkan gol ketika berdepan China pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu. - Foto FB FAM
A
A
A

"INI bukan untuk saya sebenarnya tetapi untuk pasukan, untuk rakyat Malaysia...."

Itu bicara ringkas pemain lincah pasukan bola sepak negara, Faisal Halim berkenaan jaringan pendahuluan minit ke-11 ketika berdepan gergasi Asia, China pada Sabtu.

Bintang berprofil tinggi Selangor FC itu menambah, "Saya berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong dan mendoakan saya.

"Alhamdulillah selama sebulan saya tidak beraksi selepas saya digantung.

"Inilah rezeki ALLAH, terima kasih jurulatih kerana sudi beri peluang kepada saya."

Skuad kendalian Kim Pan-gon sebelum itu meneruskan momentum positif apabila mengikat pasukan tangga ke-80 dunia China 1-1 dalam perlawanan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.

Faisal terlebih dulu meletakkan pasukan negara di depan sebelum The Dragon Team bangkit menyamakan kedudukan hasil rembatan padu bintang kelab Liga Super China, Dalian Pro, Lin Liangming pada minit ke-36.

Harimau Malaya sebelum itu mengikat satu lagi jagoan bola sepak Asia yang berstatus ranking ke-94 dunia, Syria, 2-2 di Stadium East-Town Football Park Chengdu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!