Tahi judi online nekad rompak kedai emas, berjaya diberkas
BANGkOK - Seorang bekas timbalan pengurus sebuah syarikat pengangkutan swasta diberkas selepas merompak sebuah kedai emas dan mengaku dia melakukan kesalahan itu demi membayar hutang judi dalam talian.
Bangkok Post melaporkan polis Thong Lor telah menahan lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Methee di persimpangan Kluai Nam Thai.
Dia disyaki merompak rantai seberat 15.2 gram (g) yang bernilai 32,200 baht (RM4,209) di sebuah gedung sebaneka di Rama IV Road.
Semasa kejadian, suspek dikatakan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum merampas rantai ketika kakitangan sedang sibuk memilih barang kemas yang lain.
Pihak berkuasa berjaya mengesan suspek melalui rakaman kamera CCTV dan berjaya menangkap suspek pada Sabtu. Semasa ditangkap dia masih memakai baju sama semasa melakukan rompakan tersebut.
Polis berkata, Methee mengaku melakukan jenayah itu dan menjelaskan bahawa dia ketagih berjudi dalam talian sehingga menyebabkan kerana tidak dapat membayar hutangnya.
Dia mengaku telah merancang jenayah itu selama dua hari sebelum melakukannya pada hari kejadian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!