Seorang maut, enam cedera nahas 6 kenderaan

Keadaan salah sebuah treler yang terbabit dengan kemalangan.
Keadaan salah sebuah treler yang terbabit dengan kemalangan.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan empat kereta di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Minyak Sungai Bakap di sini pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 4.30 pagi yang membabitkan seramai 21 orang mangsa.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan tersebut menyebabkan sebuah treler membawa muatan kayu telah terbalik dan melintangi jalan.

"Terdapat beberapa mangsa tersepit di dalam kenderaan yang terlibat," kata kenyataan itu pada Ahad.

Operasi menyelamat masih lagi dijalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokkan kayu.
Operasi menyelamat masih lagi dijalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokkan kayu.

Menurut kenyataan itu, seorang wanita disahkan maut, seorang parah, lima cedera ringan, manakala 14 orang lagi selamat termasuk pemandu treler.

Jelasnya, anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas 'Rescue tools'.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Operasi menyelamat masih lagi dijalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokkan kayu yang dibawa oleh treler," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!