KUSKOP-Pernas sasar pembiayaan RM7.8 juta di Johor

Saraswathy pada Program BizFrancais Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada Sabtu.
Saraswathy pada Program BizFrancais Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan di Johor pada tahun ini bernilai sebanyak RM7.8 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, K Saraswathy berkata, sehingga kini sebanyak RM37.6 juta telah disalurkan kepada usahawan di negeri Ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu sebanyak 45 jenama francais dan pra-francais tempatan telah dibangunkan dengan bantuan Pernas.

K SARASWATHY
K SARASWATHY

"Sejak Program BizFrancais diperkenalkan, Pernas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM14.94 juta. Manakala untuk usahawan di Johor, sejak tahun 2010 sehingga kini, Pernas telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM37.6 juta.

"Sehingga kini, Pernas telah menyalurkan sejumlah RM428 juta pembiayaan francais kepada 2,187 usahawan francais. Pada tahun Ini, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk pembiayaan francais dan pra-francais," katanya ketika hadir merasmikan Program BizFrancais Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi bin Mad Shah.

Saraswathy berkata, program BizFrancais adalah satu platform untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai mengenai perniagaan francais dan mempromosi Pernas sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat untuk meningkatkan industri francais negara

Artikel Berkaitan:

"Penganjuran program ini, selaras dengan Pelan Strategik 2023 KUSKOP dalam menyediakan ekonomi yang kondusif, meningkatkan daya tahan dan daya saing usahawan selain memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan.

“Saya percaya lebih banyak perniagaan francais dapat dibangunkan di negeri Johor. Saya juga mahu melihat perniagaan pra-francais yang berpotensi di negeri ini dapat dikenalpasti serta dimajukan dan sekali gus dapat membantu membangunkan pertumbuhan ekonomi di Johor.” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!