Nazri mampu teruskan khidmat cemerlang Salahuddin - Penduduk

Mazri beramah mesra dengan sebahagian penduduk di Simpang Jeram. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Kuzhai, Nagamoorthy, dan Kok Chin)
Mazri beramah mesra dengan sebahagian penduduk di Simpang Jeram. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Kuzhai, Nagamoorthy, dan Kok Chin)
A
A
A

MUAR - Penduduk di Simpang Jeram yakin wakil rakyat baharu bagi kawasan berkenaan, Nazri Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya dan meneruskan khidmat cemerlang sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, sebelum ini.

Tinjauan Sinar Harian pada hari pertama Nazri bertugas selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan mendapati rata-rata penduduk memberikan respon positif terhadap kemenangan berkenaan Timbalan Ketua kawasan Amanah Parlimen Bakri, itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN Simpang Jeram kali ini.

Menurut seorang kakitangan swasta, Mohd Kuzhai Supar, 54, pihaknya yakin Nazri mampu melaksanakan tugas selaku wakil rakyat yang baik di Simpang Jeram berdasarkan kepada akhlak dan keperibadian baik yang dimilikinya.

"Sebagai anak tempatan, Nazri ni memang orang kenal, dia ada akhlak yang baik, dia juga ada keperibadian yang baik.

"Saya juga yakin dia boleh galas kerja-kerja yang dahulu dilakukan oleh arwah Salahuddin (Datuk Seri), dan seterusnya mengekalkan kerusi di DUN Simpang Jeram pada masa-masa akan datang," katanya.

Bagi seorang pesara guru, V. Nagamoorthy, 56, kemenangan Nazri diharap dapat membantu memastikan kebajikan dan kemudahan bagi kaum India di Simpang Jeram terjaga.

Malah, Nazri juga diharap dapat melanjutkan tugas-tugas bagi membawa DUN Simpang Jeram menuju ke arah Maju Johor.

"Tahniah dan syabas kepada Nazri, kerana menang dengan undi majoriti sebanyak 3,514 undi, syabas daripada kaum India di sini.

Artikel Berkaitan:

"Semoga kemenangan ini akan membantu Nazri menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya," katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Ty Kok Chin, 44, berharap agar Nazri dapat menyesuaikan diri segera dengan pelbagai karenah rakyat.

Malah katanya, dalam Nazri juga harap dapat menyelesaikan isu persekolahan yang wujud di situ.

"Tahniah Nazri. Kita harap dia boleh teruskan khidmat Salahuddin, cuma kalau boleh minta tolong untuk selaraskan cuti mingguan.

"Kalau boleh tukar kepada Sabtu dan Ahad berbanding sekarang Jumaat dan Sabtu, sebab ada anak yang sekolah Sabtu, ada sekolah Ahad. Oleh itu agak sukar untuk kami selaraskan cuti bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nazri menang di DUN Simpang Jeram

PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai

Kemenangan bukti kerjasama BN-PH diterima pengundi - Nazri

PRK: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan

Kemenangan PH-BN pengiktirafan kepada Kerajaan Perpaduan

Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri

Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri

PRK: Pimpinan Kerajaan Perpaduan ucap tahniah atas kejayaan PH

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!