Gauff rangkul Grand Slam pertama di Terbuka AS

Coco Gauff - Foto AFP
Coco Gauff - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi Grand Slam pertamanya menewaskan Aryna Sabalenka dari Belarus.

Gauff, 19, mempamerkan aksi berani di gelanggang Stadium Arthur Ashe pada Terbuka AS untuk menang 2-6, 6-3, 6-2 dalam 2 jam 6 minit.

Pemain pilihan keenam dari Florida itu telah mara ke final sebagai pemain bukan pilihan menentang Sabalenka yang akan menjadi pemain nombor satu dunia dalam ranking terbaharu minggu depan.

Kemenangan itu melengkapkan aksi luar biasa untuk Gauff yang kecewa selepas tersingkir pada pusingan pertama di Wimbledon pada Julai.

Bagaimanapun, dia bangkit untuk memenangi kejuaraan di Washington dan Cincinnati dan kini memperoleh kemenangan terbesar dalam kariernya selepas kekalahan di Terbuka Perancis tahun lalu.

"Ia amat bermakna bagi saya dan saya agak terkejut pada masa ini.

“Kekalahan di Terbuka Perancis sangat menyedihkan dan kemenangan ini menjadi detik lebih manis daripada yang saya bayangkan," katanya.

Gauff merupakan remaja ketiga dari AS memenangi Terbuka AS selepas Tracy Austin dan Serena Williams.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!