Lelaki mati dibunuh, dibakar

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

GERIK - Mayat seorang lelaki ditemui rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada Jumaat.

Keadaan mangsa warga Bangladesh itu disedari orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada jam 11.35 malam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat dalam keadaan terbaring dengan kesan rentung keseluruhan badan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk mengetahui punca kematian.

"Hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, usaha mengesan suspek terlibat sedang dilakukan termasuk motif sebenar kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Asisten Superintenden Ridzuan Ab Aziz di talian 019-9533358 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!