Rangkul dua piala kategori sama dalam Moto Show

Kesemua peserta Moto Show bergambar bersama di Pentas Utama, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Ahad.
Kesemua peserta Moto Show bergambar bersama di Pentas Utama, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang peniaga alat ganti motosikal muncul juara dan naib juara bagi kategori 250cc ke bawah dalam pertandingan Moto Show di Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) pada Ahad.

Mohammad Khairudin, 46, berkata, dia tidak menyangka dengan menghantar dua penyertaan itu membolehkannya membawa pulang wang kemenangan keseluruhan RM300 berserta trofi.

Menurutnya, dia menyertai Moto Show itu secara suka-suka dan tidak menjangkakan kemenangan dalam kategori sama.

“Saya menyertai pertandingan ini dengan membawa dua buah motosikal, kedua-duanya saya daftarkan dan tak sangka boleh menang.

Mohammad Khairudin (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli; penganjur bersama, Kamsani Kamarudin (kiri) dan pengarah projek KPSB, Meen Tahrin semasa penyampaian hadiah Moto Show, pada Ahad.
Mohammad Khairudin (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli; penganjur bersama, Kamsani Kamarudin (kiri) dan pengarah projek KPSB, Meen Tahrin semasa penyampaian hadiah Moto Show, pada Ahad.

“Juara adalah motor jenama Yamaha TZM dan naib juara, Aprilia RS125.

“Berdebar juga tunggu keputusan daripada juri pertandingan tadi, tapi alhamdulillah rezeki saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Moto Show di Pentas Utama, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Acara berkenaan menerima pendaftaran hampir 100 peserta dengan enam kategori dipertandingkan dan kesemua juara membawa pulang RM200 beserta trofi sumbangan KPSB.

Artikel Berkaitan:

Bagi kategori 250cc ke atas pula dimenangi oleh Nor Zain Mohd Isa yang membawa motosikal jenis Yamaha YPVS 250 dan Kapcai Klasik Pilihan, Zulfikar Yusof dengan motosikalnya, Honda C70.

Selain itu, kategori Kapcai Retro Pilihan dirangkul oleh Nasrullah Mohamed Yusof dengan motosikal jenis Kawasaki K1, Retro Open Pilihan, Zaini Mokhtar dengan Yamaha RXS115 dan Klasik Open Pilihan, Mohd Nur Azhan Marnun, Yamaha YB100.

Pemenang bagi enam kategori pertandingan Moto Show.
Pemenang bagi enam kategori pertandingan Moto Show.

Sementara itu, wakil penganjur, Kamsani Kamarudin, 42, memaklumkan, ini adalah kali pertama buat pihaknya, Puchong Runner Club (RangooP) menganjurkan Moto Show dalam KPSB.

“Penerimaan orang ramai amatlah memberangsangkan kerana ia melibatkan peserta dari Selangor dan juga negeri lain.

“Saya berharap agar acara Moto Show ini dapat diberikan peluang untuk dianjurkan dalam mana-mana karnival.

“Ini kerana ia akan menarik perhatian pengunjung dan secara tidak langsung mengenali jenis-jenis motosikal yang sudah hampir ‘pupus’ di negara kita,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!