Ronaldo bantu mangsa gempa bumi Maghribi

Hotel Pestana CR7 milik Ronaldo yang terletak di pinggir Marrakesh. - Agensi
Hotel Pestana CR7 milik Ronaldo yang terletak di pinggir Marrakesh. - Agensi
A
A
A

BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo membuka pintu hotelnya di Maghribi, Hotel Pestana CR7 sebagai tempat perlindungan buat mangsa gempa bumi di negara itu.

Ronaldo diketahui mempunyai banyak hotel di merata Eropah dan Timur Tengah.

Hotel dimiliki Ronaldo di Maghribi adalah bertaraf empat bintang yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan dan restoran.

Namun, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan CristianoXtra di X, Ronaldo memutuskan untuk menjadikan hotel tersebut sebagai sebuah tempat perlindungan memandangkan ramai yang cedera dan terkorban dalam gempa yang menggegarkan Maghribi pada lewat Jumaat lalu.

Sementara itu, bek kanan Paris Saint-Germain (PSG) dan wira Piala Dunia Maghribi, Achraf Hakimi dan rakan dalam skuad kebangsaan turut dilaporkan menderma darah.

"Mendermakan darah adalah satu kewajiban buat semua untuk menyelamatkan nyawa sebanyak mungkin," ujar Achraf seperti dilaporkan Eurofoot. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!