Pengunjung borong buku pada hari terakhir

Pengunjung masih berlegar di sekitar jualan di lobi utama Kompleks Kumpulan Karangkraf pada hari terakhir. Gambar kecil dari kiri: Idayu, NurAdlina, Sa'adiah
Pengunjung masih berlegar di sekitar jualan di lobi utama Kompleks Kumpulan Karangkraf pada hari terakhir. Gambar kecil dari kiri: Idayu, NurAdlina, Sa'adiah
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung tidak melepaskan peluang memborong pelbagai genre buku sempena hari terakhir Jualan Gudang Karangkraf 2023, di sini pada Ahad.

Pesara, Sa’adiah Hassan, 67, berkata, jumlah buku yang dibelinya adalah lebih 10 naskah dan dengan potongan diskaun sehingga 80 peratus memberinya peluang untuk mendapatkan bahan bacaan diingini.

Menurutnya, jika jualan gudang tersebut kerap diadakan ia mampu mengalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan yang berkualiti seterusnya membentuk masyarakat berilmu.

“Saya rasa berbaloi dapat datang hari ini dan membeli banyak buku dengan harga murah dan kebetulan suami turut membeli untuk rakan-rakan termasuk ahli keluarga kerana bahan bacaannya bagus.

“Kalau boleh jualan seperti ini dibuat pada waktu cuti sekolah supaya lebih ramai berpeluang untuk datang sebab kita mahu galakkan ramai rakyat Malaysia membaca,” katanya kepada Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Pengunjung memenuhi kaunter pendaftaran kad VIP dalam Jualan Gudang Karangkraf 2023.
Pengunjung memenuhi kaunter pendaftaran kad VIP dalam Jualan Gudang Karangkraf 2023.

Bagi pengunjung, Nur Adlina Hamidon, 17, pula berkata, harga buku yang ditawarkan adalah berpatutan dan jauh lebih murah jika dibandingkan di luar.

Katanya, para pengunjung mempunyai pelbagai pilihan bahan bacaan ilmiah yang dipamerkan sepanjang jualan buku dengan kualiti terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Pada pandangan saya, Karangkraf patut buat jualan gudang dengan lebih kerap kerana kami boleh dapatkan banyak buku rujukan yang murah.

“Walaupun kena datang awal tetapi dapat beli banyak buku memang puas hati dan berbaloi,” ujarnya.

Seorang pesara, Idayu Mohd Nasim, 56, berkata, potongan harga pelbagai genre menjadikan pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk membeli pelbagai jenis buku dalam kuantiti yang banyak.


Para pengunjung beratur untuk membuat pembayaran pada hari terakhir Jualan Gudang Karangkraf 2023.
Para pengunjung beratur untuk membuat pembayaran pada hari terakhir Jualan Gudang Karangkraf 2023.

Beliau memberitahu, terdapat judul-judul baharu dengan jalan cerita yang menarik boleh didapati sepanjang tempoh jualan gudang buku berlangsung.

“Saya memang beli dengan jumlah yang banyak sebab nak hadiahkan buku-buku ini kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang datang ke sini kerana mereka tahu saya suka membaca novel terbitan Grup buku Karangkraf.

“Jualan gudang kali ini sangat berbeza dan lebih meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang membeli belah buku,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!