13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat

Tangkap layar video tular memaparkan detik-detik kejadian yang dikongsi netizen di sebuah akaun Facebook.
Tangkap layar video tular memaparkan detik-detik kejadian yang dikongsi netizen di sebuah akaun Facebook.
A
A
A

KUANTAN - Pemandu dan penumpang 13 kereta berdepan detik cemas selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori ketika berhenti menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di sini pada petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.48 petang itu, semua kenderaan terlibat mengalami kerosakan bagaimanapun semua pemandu berusia 29 hingga 62 tahun dan penumpang selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan kerosakan sebahagian kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di sini pada petang Ahad.
Keadaan kerosakan sebahagian kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.

"Akibat kejadian, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan, jalan basah dan licin.

"Anggota polis ke tempat kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu-pemandu yang terlibat.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Detik-detik cemas ketika kejadian sempat dirakam dan dikongsi netizen di beberapa platform media sosial hingga tular.

Berdasarkan video yang dikongsi, kelihatan sebuah lori gagal membrek lalu merempuh beberapa kenderaan di hadapannya.

Dalam video berasingan turut memaparkan situasi selepas kejadian dan keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan.