Dewan Rakyat rakam takziah, bertafakur pemergian Salahuddin Ayub

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang soleh dan beriman.

"Semua Ahli Parlimen yang beragama Islam diminta untuk membacakan al-Fatihah kepada roh Allahyarham manakala Ahli Parlimen yang bukan beragama Islam diminta bertafakur sebentar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebelum pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!