NETR: 10 projek perdana beri pelaburan RM25 bilion

 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan 'Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi' pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan 'Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi' pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pelan hala tuju peralihan tenaga negara (NETR) mengenal pasti 10 projek perdana berstrategik dan berimpak tinggi yang dijangkakan memberi pelaburan sebanyak RM25 bilion kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bakal mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi termasuk pengurangan 10,003 gram karbon dioksida setahun.

"Selain itu, projek ini juga dapat memenuhi peningkatan permintaan gas asli dan cecair dalam masa sama memastikan keterjaminan bekalan projek penyimpanan tambahan yang akan dibangunkan di terminal pengagasan semula Pengerang, Johor.

"Langkah ini bagi memperkukuhkan liberalisasi pasaran gas domestik dan menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran gas asli serantau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025 (RMK-12) di Parlimen, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Anwar, kerajaan turut meletakkan sasaran bagi kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

Ujarnya, ia akan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi perdagangan tenaga bersih.

"Tenaga Boleh Baharu rentas sempadan akan diperkukuhkan dalam merealisasi 'grip' kuasa Asian," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!