Pelajar UUM terima anugerah rekod pencapaian belia di Jakarta

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Rekod Pencapaian Belia kepada Zeng Kang sambil disaksikan Alternate Chair of ASEAN Business Advisory Council, Bernardino M Vega (kanan) serta pengasas GenYouth, Eldrick Koh (kiri) bersempena ASEAN Future Generation Business Forum di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Rekod Pencapaian Belia kepada Zeng Kang sambil disaksikan Alternate Chair of ASEAN Business Advisory Council, Bernardino M Vega (kanan) serta pengasas GenYouth, Eldrick Koh (kiri) bersempena ASEAN Future Generation Business Forum di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Rekod Pencapaian Belia bersempena ASEAN Future Generation Business Forum, di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pencapaian terbabit adalah pengiktirafan kepada Beh Zeng Kang, 27, yang juga pelajar Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa selepas beliau melakar sejarah sebagai “The First Malaysian Winner of ASEAN Youth Eco Champion”.

Menurutnya, pengiktirafan terbabit memberi makna besar kepadanya keluarga dan rakan-rakan.

“Ia juga memotivasikan diri saya dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan kelestarian alam bersama semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zeng Kang, yang juga Setiausaha Pertubuhan Generasi Peduli Sampah Malaysia berkata, sepanjang penglibatannya sebagai aktivis alam, beliau telah menerima beberapa pencapaian.

"Antaranya muncul sebagai Ikon Belia Kelestarian Alam (2022) dan anugerah Tokoh Belia ASEAN (Alam Sekitar) kategori junior pada 2019," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zeng Kang yang telah memberikan khidmat dan sokongan dalam membantu memelihara serta memulihara alam sekitar dalam memperjuangkan khazanah alam di Malaysia.

" Anugerah ini suatu pencapaian yang amat membanggakan dan telah mempamerkan perjalanannya yang memberi inspirasi kepada masyarakat global yang wajar dijadikan contoh oleh generasi muda," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Zeng Kang adalah individu yang dinamik mempunyai kemahiran komunikasi luar biasa yang berteraskan prinsip empati dan simpati.

"Kecemerlangannya dalam bidang akademik dilengkapkan dengan penglibatan aktifnya dalam aktiviti luar. Dedikasinya terhadap pembangunan belia, program sukarela sosial, kerja pemuliharaan alam sekitar, dan organisasi kepimpinan menunjukkan komitmennya terhadap perubahan positif," katanya.

Mohd Foad berkata, sumbangan pelajar terbabit telah meluas ke peringkat global, menjadikannya pengiktirafan sebagai Duta Belia Lautan ADRECC pada 2019.

"Beliau mewakili Malaysia di platform antarabangsa seperti acara Ekspo Menyelam Asia (ADEX). Komitmennya terhadap amalan lestari terbukti apabila mendidik orang ramai tentang kitar semula sisa plastik dan membuat cenderahati buatan tangan daripada sisa kaca," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!