Lebih 10,000 dijangka berhimpun pakai Sarong Sabtu ini

Dari kiri: Shamsul Bahrin; Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan; Naib Presiden, Marketing Etika Sdn Bhd (wakil Wonda Coffee); Amy Gan Siou Chin dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi pada majlis mengumumkan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan program tersebut.

A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 10,000 orang dijangka menyertai acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bagi menggayakan pakaian Sarong dan etnik lain di beberapa lokasi tumpuan seluruh negara pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Pengarah program, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, pada hari tersebut, rakyat Malaysia bersama-sama pelancong luar negara yang terlibat secara tidak langsung akan memulakan perjalanan kereta api dalam suasana ‘flash mob’.

“Semua akan berkumpul di Dataran Merdeka selepas perjalanan kereta api yang berlepas dari stesen-stesen terpilih.

“Dengan tema etnik tahun ini, KS2023 turut mempamerkan persembahan budaya termasuk tarian tradisional, muzik dan sesi penceritaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Stesen kereta api yang terlibat termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).

Acara 'flash mob' akan berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu) serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).

Lebih 20 kumpulan terlibat antaranya Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award, KL Sketch Nation, Street Meet, UITM Shah Alam dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!