ABIM siap sedia hulur bantuan kepada Maghribi

Penduduk di sebuah perkampungan di pergunungan Tafeghaghte berjalan di sebalik runtuhan rumah yang musnah selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi Jumaat lalu. - Foto AFP. Gambar kecil: Muhammad Faisal
Penduduk di sebuah perkampungan di pergunungan Tafeghaghte berjalan di sebalik runtuhan rumah yang musnah selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi Jumaat lalu. - Foto AFP. Gambar kecil: Muhammad Faisal
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysia for Syria (MFS) bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Maghribi.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya kini sedang memantau situasi semasa sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

"Kami merakamkan rasa dukacita yang mendalam dan tahziah kepada rakyat Maghribi terutama di Marrakech dan beberapa bandar utama lain.

"Bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, ABIM ingin mendoakan kesejahteraan mereka yang sedang diuji oleh tragedi gempa bumi ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Maghribi menyatakan sekurang-kurangnya 2,122 orang terbunuh manakala 2,421 cedera akibat gempa bumi berukuran 7.0 magnitud berkenaan.

Sebanyak 1,351 orang dilapor terbunuh di Wilayah Al Haouz, 492 di Wilayah Taroudant, 201 di Chichaoua, dan 17 di Marrakesh.

Pada Ahad, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terjejas di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengeluarkan arahan kepada Duta Besar Malaysia di Maghribi untuk membuat pemantauan secara berterusan dan melaporkan situasi di lokasi kejadian gempa bumi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!