EU sumbang bantuan kemanusiaan 1 juta Euro kepada Maghribi

Janez Lenarcic
Janez Lenarcic
A
A
A

BRUSSELS - Kesatuan Eropah akan menyediakan 1 juta euro (AS$1.07 juta) kepada Maghribi bagi menyokong usaha bantuan di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini, umum Suruhanjaya Eropah pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kerana EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi, kami mengeluarkan pembiayaan sebanyak 1 juta euro untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk," menurut Pesuruhjaya Krisis EU, Janez Lenarcic dalam satu kenyataan.

"EU tetap bersedia untuk membantu Maghribi dengan apa jua cara yang diperlukan pada tempoh sukar ini," tambah Lenarcic. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!