Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus

Muhyiddin dilihat tersenyum sambil mengangkat isyarat bagus ketika ditanya berkaitan sesi rakaman keterangan di Kuala Lumpur pada Selasa.
Muhyiddin dilihat tersenyum sambil mengangkat isyarat bagus ketika ditanya berkaitan sesi rakaman keterangan di Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai lalu.

Muhyiddin sebelum itu dilihat keluar daripada pekarangan bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jalan Sentral di sini kira-kira jam 10.25 pagi.

Muhyiddin dilihat tersenyum sambil mengangkat isyarat bagus ketika ditanya berkaitan sesi rakaman keterangan tersebut.

Para pengamal media yang berkumpul seawal jam 9 pagi itu pada mulanya ditegah oleh seorang individu untuk membuat sebarang liputan di sekitar kawasan bangunan tersebut.

Bagaimanapun, seorang individu mendakwa sebagai kakitangan MIDA kemudiannya tampil menjelaskan berkaitan salah faham tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, proses merakam keterangan berhubung dakwaan kenyataan haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 2 September lalu telah selesai.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan kemudian akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa"haram memberikan undi kepada Suhaizan."

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 'fatwa' politik

Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!