Penganggur miliki 10 rekod jenayah ditahan curi tabung masjid

Penjenayah mengumpil tabung masjid di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin.
Penjenayah mengumpil tabung masjid di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin.
A
A
A

AMPANG - Seorang penganggur yang mempunyai 10 rekod jenayah termasuk kes dadah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri wang tabung masjid di Taman Nirwana di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki yang juga bilal masjid berusia 25 tahun menyedari kejadian itu pada jam 6.49 pagi.

"Pengadu menyemak rakaman kamera litar tertutup dan mendapati seorang lelaki berada di kaki lima masjid telah mengumpil tabung selepas solat Subuh sebelum melarikan diri.

"Anggaran kerugian sebanyak RM500," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek berusia 33 tahun di sebuah kediaman di Taman Angsana Hilir, Kuala Lumpur, pada jam 5 petang hari sama.

"Kita merampas wang tunai RM101 dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: