Muhyiddin sekali lagi akan dirakam keterangan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sekali lagi akan mengambil kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Johor pada Khamis ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu akan diambil berhubung kenyataan beliau yang berunsur 3R (agama, bangsa dan raja).

"Kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis diterima pada 7 September lalu, sesi rakaman keterangan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Siasatan berkaitan kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya pada Selasa.

3 September lalu, bekas Perdana Menteri itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen DUN Simpang Jeram, Johor.

Ucapannya itu turut dikongsi menerusi halaman Facebook yang mana mengandungi “Melayu pada hari ini tidak lagi menguasai kerajaan, maknanya orang Melayu sudah hilang kuasa, sedar ataupun tidak, betul ataupun tidak.”

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus

'Siapa bagi arahan datang sini!'

'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 'fatwa' politik

Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!