'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Anthony

Anthony - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anthony - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

"Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap...dia tidak mewakili UMNO, dia hanya salah seorang pemimpin sahaja," katanya pada sidang akhbar di laluan Kontra Rapid KL No 3, di Hentian Bas KL1937 LRT Masjid Jamek di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Isham dilaporkan berkata, beliau tidak pernah bersetuju bahawa UMNO perlu bertanding dalam pilihan raya bersama dengan PH.

Sebaliknya beliau hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Sebelum ini, Isham berkata, Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!