Fahmi adakan sesi townhall bersama pemain industri digital
Menurut perkongsian Fahmi di Facebook, sesi dikenali sebagai "Belanjawan 2024: Sesi Town Hall Ekonomi Digital" itu bertujuan memperkasakan sektor berkenaan.
"Alhamdulillah sesi tadi berjalan baik dan menjadi ruang untuk saya mendapatkan lebih banyak input daripada pemain industri sekali gus memperkasa ekonomi digital Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, ekonomi digital telah menyumbang lebih 23 peratus kepada KDNK dan dijangkakan sektor itu dapat mencapai sumbangan KDNK sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.
Katanya, beliau bersama pasukan Kementerian Komunikasi dan Digital dan agensi berkaitan telah berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM28.4 bilion pada setengah tahun pertama ini, yang merupakan lonjakan sebanyak 279 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Dalam kita merancakkan lagi sektor ini, saya memberi penekanan tegas bahawa kerajaan sangat menitikberatkan "the supply side" iaitu bakat-bakat digital tempatan. Ini sangat penting," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!