Tular ketika PKP, Captain Chef Cafe kini dibuka tawar harga murah

Pemilik, Kapten Azrin Mohamad Zawawi ketika Majlis Perasmian Pembukaan Captain Chef Cafe yang bertempat di Seksyen 27, di sini, pada Selasa.
Pemilik, Kapten Azrin Mohamad Zawawi ketika Majlis Perasmian Pembukaan Captain Chef Cafe yang bertempat di Seksyen 27, di sini, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selepas tular kerana berniaga dengan menggayakan pakaian juruterbang di gerai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, kini Kapten Corner dijenamakan semula menjadi Captain Chef Cafe sebagai tanda penghargaan buat penggemarnya.

Pemiliknya, Kapten Azrin Mohamad Zawawi berkata, perniagaan yang dibangunkan bersama keluarga mula bertapak di USJ 11, Subang Jaya dan mendapat perhatian ramai kerana keunikannya mempromosikan makanan dengan harga berpatutan.

“Sebelum ini, kami bermula di gerai kecil sahaja, ia menjadi tular kerana saya yang baru sahaja balik dari kerja, terus datang singgah dan bantu isteri di sini (gerai) dengan pakaian juruterbang.

“Isteri terniat mahu ambil gambar dan muat naik ke Facebook, dalam masa satu hari sahaja gambar saya tular.

“Kejadian yang tidak disengajakan ini membuka pintu rezeki buat saya dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Perasmian Pembukaan Captain Chef Cafe yang bertempat di Seksyen 27, di sini, pada Selasa.

Azrin, 47, yang merupakan juruterbang pesawat komersial US-Bangla berpangkalan di Dhaka, Bangladesh itu memberitahu, pihaknya tidak menyangka bahawa transisi dari pembukaan gerai pada 2020 sehingga menaik taraf ke restoran masih mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti dan rasanya tetap sama.

Tambah beliau, orang ramai tidak perlu gusar dengan harga kerana masih berada pada paras yang berpatutan dan bakal ditambah baik dari segi porsi atau pilihan sampingan dalam hidangan popularnya iaitu Nasi Captain, laksa utara, bihun sup serta mi kari Ipoh.

“Kami akan perbanyakkan pilihan sampingan seperti makanan laut. Pengunjung boleh tambah udang, ketam, sotong dan sebagainya dalam makanan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun dalam satu menu tapi boleh letak macam-macam, harga juga kekal berpatutan bergantung kepada bahan yang dipilih,” ujarnya.

Cef Hairul Abadi (tengah) dan adiknya, Budiman Adi (tiga dari kanan) yang juga barista di Captain Chef Cafe bersama ahli keluarganya.
Cef Hairul Abadi (tengah) dan adiknya, Budiman Adi (tiga dari kanan) yang juga barista di Captain Chef Cafe bersama ahli keluarganya.

Pembukaan Captain Chef Cafe itu dimulakan dengan bacaan doa selamat daripada 22 pelajar Maahad Tahfiz al-Quran al-Munawwarah, Seksyen 27.

Hadir sama, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang; mantan pengarah seni Kumpulan Media Karangkraf, Ramli Ribut; pengukir ais profesional, Cef Jafri Mohamad dan pelukis ternama, Harris Ribut yang menjadi antara pereka hiasan dalaman dengan beberapa lukisannya ‘The Fat Ladies’ dipamerkan di kafe berkenaan.

Sementara itu, Cef Pastri, Hairul Abadi memaklumkan, pengalaman selama 17 tahun dalam bidang kulinari banyak membantunya untuk kekal relevan dalam pembuatan pastri yang enak dan berkualiti setanding hotel terkemuka seluruh negara.

Azrin (tiga dari) dan isterinya, Latun Noralyani Meor Aminudin (dua dari kiri) bersama pelajar Maahad Tahfiz al-Quran al-Munawwarah, Seksyen 27 turut hadir bagi sesi bacaan doa selamat dan kesyukuran di Majlis Perasmian Pembukaan Captain Chef Cafe yang bertempat di Seksyen 27, di sini, pada Selasa.

Menurut Hairul, 36, beliau mempunyai kenalan rapat yang membekalkan bahan pembuatan kek berkualiti tinggi, berbeza dengan pengusaha di luar sana, namun masih mampu untuk menawarkan harga berpatutan dan jarang didapati di restoran lain.

“Jika saya fikirkan keuntungan, boleh saja letak harga tinggi tetapi demi memikirkan imej, saya mahu orang ramai nikmati sendiri apa itu pastri, kek dan coklat sebenar.

“Saya akui dengan kenaikan harga barang ketika ini sangat mencabar, tetapi saya cuba cari bahan yang berbeza tetapi kualiti dan rasa tetap sama,” ulasnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!