Harimau belang baham lembu

Kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang. Keadaan bangkai lembu yang dijumpai dipercayai dibaham harimau belang dalam kejadian di Kampung Air Panas, Gerik. - Foto ihsan pembaca
Kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang. Keadaan bangkai lembu yang dijumpai dipercayai dibaham harimau belang dalam kejadian di Kampung Air Panas, Gerik. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

GERIK - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan berlaku serangan harimau belang terhadap ternakan penduduk di Kampung Air Panas dekat sini.

Pengarah Perhilitan Negeri, Yusoff Shariff berkata, perkara itu susulan penemuan bangkai seekor lembu dan kesan tapak kaki haiwan berkenaan di kawasan tersebut pada Selasa.

"Siasatan awal dijalankan mengesahkan lembu berkenaan mati akibat serangan harimau belang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, rondaan dan pemantauan ketat digerakkan anggota Perhilitan di kawasan terlibat dan yang berhampiran bagi mengesan keberadaan binatang buas itu.

"Perhilitan juga akan memasang perangkap bagi menangkap haiwan itu yang dipercayai masih berkeliaran di sekitar kawasan," katanya.

Pada Selasa, tular di aplikasi WhatsApp beberapa keping gambar menunjukkan bangkai lembu dijumpai dalam kawasan ladang sawit.

Turut dikongsi kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!