Polis sahkan motosikal ditunggang warga asing milik anggota PDRM

Tular di media sosial memaparkan seorang penunggang warga asing ditahan anggota polis trafik.
Tular di media sosial memaparkan seorang penunggang warga asing ditahan anggota polis trafik.
A
A
A

SEPANG - Polis mengesahkan motosikal yang ditunggang oleh seorang warga asing tanpa lesen selain tidak mempunyai cukai jalan menerusi satu video tular dimiliki oleh seorang anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, video yang dikesan tular menerusi media sosial pada Ahad lalu itu memaparkan warga asing tersebut ditahan seorang anggota polis trafik.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati penunggang tersebut tidak memiliki lesen memandu selain motosikal ditunggang tiada cukai jalan.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang kemudiannya mengeluarkan saman terhadap penunggang tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, semakan dijalankan mendapati motosikal tersebut dimiliki oleh salah seorang anggota polis di Sepang.

"Pemilik motosikal ini telah menghantar motosikalnya untuk dibaiki di sebuah bengkel.

"Bagaimanapun, disebabkan pemilik terlalu lama tidak mengambil semula motosikalnya, warga asing berkenaan meminta untuk membelinya sebelum dipersetujui pemiliknya itu," katanya.

Pada Ahad, satu video tular di media sosial memaparkan seorang penunggang warga asing ditahan anggota polis trafik.

Artikel Berkaitan:

Menerusi paparan video berkenaan, penunggang itu dikesan tidak memiliki lesen selain motosikal tersebut tidak mempunyai cukai jalan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!