Kadar kemiskinan AS meningkat pada 2022, kanak-kanak paling terkesan
WASHINGTON - Kadar kemiskinan di Amerika Syarikat meningkat kepada 12.4 peratus pada 2022, dengan kadar kemiskinan kanak-kanak meningkat dua kali ganda berbanding 2021, lapor Xinhua laporan Biro Banci AS yang dikeluarkan pada Selasa.
Ukuran Kemiskinan Tambahan (SPM), membuat penilaian sama ada orang ramai mempunyai sumber mencukupi untuk menampung keperluan mereka, meningkat 4.6 mata peratusan pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Data itu juga menunjukkan bahawa kadar kemiskinan kanak-kanak meningkat lebih dua kali ganda, daripada 5.2 peratus pada 2021 kepada 12.4 peratus pada 2022.
Ia merupakan kadar kemiskinan tertinggi kanak-kanak sejak agensi itu mula menjejaki indeks itu pada 2009, menurut laporan itu.
Peningkatan kadar kemiskinan mencecah 15.3 juta rakyat Amerika, menurut Pusat Belanjawan dan Keutamaan Dasar, sebuah badan pemikir berhaluan kiri AS.
Lonjakan kemiskinan adalah "mengejutkan," kata Sharon Parrott, presiden Pusat Belanjawan dan Keutamaan Dasar dalam satu kenyataan.
"Peningkatan kadar kemiskinan, yang terbesar dalam rekod 50 tahun secara keseluruhan dan untuk kanak-kanak, menggariskan peranan kritikal yang dimainkan oleh pilihan dasar dalam tahap kemiskinan dan kesusahan di negara ini," kata Parrott.
SPM merangkumi pendapatan serta kesan bantuan bukan tunai, seperti bantuan makanan dan bantuan rumah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!