28 maut hujan lebat landa Uttar Pradesh, India

Kenderaan hampir tenggelam akibat banjir berikutan hujan lebat di Lucknow pada Khamis. - Foto: Agensi
Kenderaan hampir tenggelam akibat banjir berikutan hujan lebat di Lucknow pada Khamis. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di negeri Uttar Pradesh, India dalam masa dua hari.

Banyak daerah, termasuk ibu negara Lucknow, menyaksikan hujan lebat sejak 48 jam lalu, menurut laporan media tempatan pada petang Selasa.

Sekolah di beberapa kawasan ditutup pada Isnin dan Selasa susulan hujan berterusan yang menyebabkan banjir dan menjejaskan kelancaran lalu lintas.

Bahraich, Barabanki dan Goda adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Ketua menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath mengarahkan pegawai menjalankan kerja-kerja bantuan di daerah yang dilanda banjir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!