Isu peguam negara hangatkan Parlimen
13 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin bangkit mencelah bertanyakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng sama ada beliau menjangkakan Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan ditukar jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti dikatakan Datuk Seri Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) sebelum PRU15 berlangsung.
Guan Eng dalam jawapannya berkata, Peguam Negara dilantik oleh kerajaan lalu dikekalkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut membidas Radzi supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam isu berkenaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa