Projek ECRL: Susur masuk, keluar Plaza Tol Gambang ditutup sementara

Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bermula pada Rabu sehingga Khamis. - Foto: Fail Awani
Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bermula pada Rabu sehingga Khamis. - Foto: Fail Awani
A
A
A

KUANTAN - Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bermula pada Rabu sehingga Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh Malaysia Rail Link (MRL).

Anih Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dalam kenyataan memaklumkan penutupan akan bermula pada 9 malam Rabu hingga jam 6 pagi Khamis.

Laluan yang terlibat ialah susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.

Sehubungan itu pengguna lebuh raya dari Gambang yang ingin ke Kuantan dinasihatkan supaya menggunakan laluan Persekutuan untuk sampai ke destinasi.

"Pengguna lebuh raya dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui persimpangan Sri Jaya," menurut kenyataan itu.

Semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.

Bagi mendapatkan sebarang informasi, pengguna boleh mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) manakala sebarang kecemasan boleh hubungi LPT dengan menelefon 1-700-818-700. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!