Pegawai polis cedera ditembak di luar pekarangan lapangan terbang
MEXICO CITY - Seorang pegawai polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan penjenayah di luar pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, lapor Sputnik, memetik pejabat media lapangan terbang itu pada Selasa.
"Beberapa minit yang lalu, pegawai polis Mexico City bertindak mengejar penjenayah yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan di sekitar Carlos Leon Avenue, hingga mengakibatkan seorang pegawai polis cedera dan seorang individu ditahan," menurut kenyataan lapangan terbang itu di X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Peranti keselamatan tentera laut negara, anggota keselamatan lapangan terbang dan polis bantuan telah bertindakbalas, dan "tiada penumpang atau pelawat terancam”. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!