Raja Muda Perlis lawat Pusat Islam Riga di Latvia

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - Foto: Bernama
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - Foto: Bernama
A
A
A

RIGA (LATVIA) - Umat Islam diingatkan agar mengerjakan lima Rukun Islam bagi menunjukkan ketaatan kepada ALLAH SWT yang akan meningkatkan ketakwaan dan memperkuat hubungan spiritual dengan tuhan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengingatkan perkara itu dalam titah baginda di majlis Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 di Pusat Islam Riga di sini bertitah, agama Islam menyediakan landasan akhlak dan etika mulia dalam kehidupan.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan mengikuti Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 September dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Sebelum itu, baginda menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pegawai Pusat Islam Riga, Sultan Ahmad Mohd Ow.

Riga merupakan ibu negara bagi Latavia terletak di pesisir Laut Baltik di muara Sungai Daugava. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!