Bapa rogol anak dijel 15 tahun, 10 sebatan

Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada April lalu.
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada April lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada April lalu.

Hakim Azman Mustapha memutuskan hukuman terhadap pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu susulan pengakuan bersalah pada 1 September lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa pada hari tertuduh ditangkap iaitu pada 8 Ogos lalu.

Azman dalam penghakimannya berkata, tertuduh sewajarnya melindungi anak perempuan dan hukuman setimpal perlu dikenakan sebagai memberi pengajaran.

Katanya, kejadian ngeri itu sudah pasti memberi kesan trauma kepada mangsa sehingga mengelak untuk pulang ke rumah dari asrama ketika musim cuti sekolah.

Tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram ke atas anak perempuannya itu di ruang tamu sebuah rumah di sini kira-kira jam 4.30 petang, 25 April lalu.

Lelaki terbabit didapati bersalah mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan bapa kandung kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun faham sebab dan akibat pengakuan bersalahnya itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!