Frank Rubio catat rekod baharu AS penerbangan angkasa paling lama
LOS ANGELES - Angkasawan NASA, Frank Rubio telah mencipta rekod baharu penerbangan kapal angkasa paling lama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kata agensi itu pada Selasa, lapor Xinhua.
Rubio pada Isnin mengatasi rekod penerbangan angkasa tunggal NASA selama 355 hari secara berterusan di orbit, yang dibuat oleh Mark Y. Vande Hei pada 30 Mac 2022.
Angkasawan itu dijangka kembali ke bumi pada 27 Sept apabila beliau akan menghabiskan 371 hari di angkasa, kata NASA.
Sejak berada di ISS pada September 2022, Rubio telah mengusahakan beberapa eksperimen yang melibatkan robotik, fizik angkasa dan biologi, dan beliau tiga kali terlibat dalam aktiviti 'berjalan di angkasa', kata agensi itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!