Bot nelayan tempatan ditahan guna kru warga asing

Anggota Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan terhadap kru warga asing di atas bot nelayan tempatan yang ditahan di perairan Kuantan pada Selasa.
Anggota Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan terhadap kru warga asing di atas bot nelayan tempatan yang ditahan di perairan Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana disyaki menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan kira-kira jam 1.20 petang di lokasi 23.1 batu nautika dari Tanjung Tembeling, di sini.

Menurutnya, bot ronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Op Makmur dan Op Tiris mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang bergerak menuju ke Kuala Kuantan sebelum ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia lingkungan 36 hingga 44 tahun berada di atas bot terbabit.

Bot nelayan tempatan kelas C yang ditahan Maritim Malaysia Pahang di perairan Kuantan pada Selasa kerana disyaki menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.
Bot nelayan tempatan kelas C yang ditahan Maritim Malaysia Pahang di perairan Kuantan pada Selasa kerana disyaki menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.

"Kita syak bot itu melakukan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, memiliki permit yang meragukan," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Kamal Ariffin berkata, bot bersama kru, peralatan dan 80 kilogram hasil tangkapan terdiri gamat serta ikan campur dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway, di sini sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Pengusaha bot pukat tunda diingatkan supaya mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan dan setiap kru warga asing digunakan perlu mendapat kebenaran ketua pengarah agensi itu sebagaimana yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam diminta bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian 09-5717345 atau talian kecemasan MERS 999," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!