Minum 4 tin air berkarbonat setiap hari, wanita usia 23 tahun hidap kencing manis

Tangkap layar video menerusi aplikasi TikTok pada Rabu.
Tangkap layar video menerusi aplikasi TikTok pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita disahkan menghidap penyakit kencing manis pada usia 23 tahun akibat tabiat minum minuman berkarbonat setiap hari sejak enam tahun lalu.

Pekerja swasta, Aisyah Shakura Ahmad Taridi berkata, sebelum didiagnos penyakit itu, dia mengalami kekerapan membuang air kecil pada setiap malam dan sukar menahan kencing ketika melakukan aktiviti luar.

Menurutnya, pada masa sama berat badan menurun dari 92 ke 84 kilogram (kg) dalam tempoh sebulan, meskipun tidak pernah diet atau mengurangkan pengambilan makanan harian.

“Pada awalnya ada luka di kepala dan fikir mungkin sebab salah pakai produk mencuci rambut. Tapi bertambah teruk hingga bernanah.

“Pada 29 Jun lalu, saya ke hospital dan doktor periksa tekanan darah dan ujian glukos. Keputusan bacaan gula ketika itu ialah 27.

“Saya ditahan wad di Hospital Selama, Perak selama satu malam sebelum diberi insulin dan dimasukkan air ke dalam badan sehingga paras bacaan gula kembali normal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Aisyah Shakura mengakui dia mempunyai tabiat minum sehingga empat tin minuman berkarbonat setiap hari tanpa mengira siang dan malam sejak usia 18 tahun.

Namun ujarnya, kini dia telah meninggalkan tabiat buruk itu dan hanya minum air mineral selain mula menjaga pemakanan.

Artikel Berkaitan:

“Bacaan gula ambil setiap pagi dan sebelum tidur sekarang pada paras 5.0 dan 7.0 menunjukkan semakin menurun.

“Saya mengambil ubat metformin yang diberikan pihak hospital dan tidak boleh tinggal untuk pastikan bacaan gula terkawal.

“Saya turut menjalani ujian kesihatan lain iaitu mata dan buah pinggang. Kedua-duanya dalam keadaan baik dan tiada penyakit lain yang dikesan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!