Pembesaran LTAPP tanda terima kasih kepada DAP - Sanusi

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

YAN - Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) disifatkan sebagai tanda terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana menyokong kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) pada Isnin lepas.

“Itu projek istimewa untuk berterima kasih kepada DAP kerana menyokong kerajaan. Semua pengumuman projek istimewa kepada Pulau Pinang adalah untuk berterima kasih kepada DAP kerana menyokong Perdana Menteri.

“Sudah itu hakikat politik di Malaysia, macam itu (dan) ia tak macam negara lain, kita ini tak tahulah 'ulu' sangat politik kita ini,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat, di sini, pada Rabu.

Pada Isnin, Anwar membentangkan usul KSP RMK12 2021-2025 di Dewan Rakyat termasuklah rancangan pembesaran LTAPP termasuk pembangunan semula Subang dan pelabuhan baharu di Pulau Carey Klang, Selangor.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata, pengumuman kerajaan Persekutuan itu yang disifatkan sebagai satu diskriminasi kepada Kedah yang langsung tidak disebut dalam projek pembangunan sektor pengangkutan itu.

Menurut Sanusi, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar kerajaan Persekutuan akan meneruskan semua projek yang dirancang dalam RMK12 itu sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“RMK12 ini berjalan, walaupun ada orang nak tahan ke apa tetapi ia berjalan. Berjalan ikut aturan mana boleh tahan sudah diumumkan sebelum dalam RMK12 mana boleh tahan.

“Kita yang ada projek membina Jalan Kampung Kuala Sungai Udang ke Pantai Murni sedang berjalan dan baru diumumkan akan berjalan. Mana ada orang dapat kuasa kemudian nak nafikan hak orang lain. Tak boleh,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!