Mayat mangsa kedua bot terbalik di bakun ditemukan

No Image Caption
A
A
A

BINTULU - Mangsa kedua bot terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun Belaga dijumpai 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang juga komander operasi mencari dan menyelamat Mohamad Meramit berkata mayat Law Yew Ngee, 43, dijumpai terapung dan dicam melalui pakaian yang digunakan mangsa pada hari kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dan menambah operasi mencari dan menyelamat dihentikan pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, mayat pertama Wahab Jambul, 50-an, ditemukan terapung di permukaan air di lokasi sama dengan bot yang terbalik pada pukul 11.30 malam semalam.

Dalam kejadian berlaku pada petang Sabtu lepas, kedua-dua mangsa yang juga pemancing terjatuh ke dalam air setelah bot dinaiki terbalik ketika bergerak ke sangkar ikan manakala pemandu bot Siring Angah, 60, berjaya menyelamatkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot terbalik di Bakun, satu mayat mangsa ditemui

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!