Aisar Khaledd belikan 'rider' tular motosikal baharu
SHAH ALAM - Penghantar makanan yang tular kerana berjalan kaki sejauh empat kilometer selepas motosikalnya disita pihak berkuasa mendapat perhatian pempengaruh, Aisar Khaledd yang tampil membantunya.
Menurut Aisar, dia terpanggil untuk membantu pemuda berkenaan dengan memberikan motosikal baharu bagi memudahkan lelaki tersebut meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan.
“Kita beri kejutan motosikal kepada abang penghantar makanan yang motosikalnya disita pihak berkuasa.
"Terima kasih semua yang mendoakan. Demi Malaysia.
“Abang Foodpanda sudah terima motosikal baru daripada Aisar Khaledd. Rakyat bantu rakyat,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.
Baru-baru ini, tular video penghantar makanan yang berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat dan tiada insurans.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sitaan dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!