Lagu patriotik malar hijau tetap segar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan masih ingat lagi, pada era 80-an dan 90-an banyak lagu patriotik dihasilkan oleh komposer dan dinyanyikan oleh barisan artis tempatan yang terkenal.

Satu lagu yang pastinya melekat dalam hati Merak Jalanan ialah lagu Setia yang dicipta oleh bekas Pengarah Muzik RTM, Ahmad Dasillah dan dinyanyikan oleh artis terkenal, Francissca Peter.

Menurut anak kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Nur Jazlan Mohamed, lirik lagu Setia itu ditulis sendiri oleh Allahyarham bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat dan ia dihasilkan untuk fokus kepada pembinaan semula negara selepas krisis dalaman UMNO.

Bagi Merak Jalanan, lagu Setia amat menarik kerana ia hanya dua rangkap manakala melodinya adalah melodi yang betul, bukan tempo yang tinggi.

Sebab itulah apabila kita dengar lagu bersama bait-bait liriknya, lagu Setia cepat meresap ke dalam jiwa dan merangsang rasa kecintaan kepada negara.

Selain Setia, lagu-lagu patriotik lain yang terus menjadi lagu malar hijau seperti lagu Warisan, nyanyian seniman agung negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan dicipta oleh komposer Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad yang dianggap ramai sebagai karya patriotik terbaik atau masterpiece.

Begitu juga dengan lagu Inilah Barisan Kita, ciptaan Allahyarham Saifoel Bahari Elyas iaitu komposer sama yang menghasilkan lagu kebangsaan dan ia telah dinyanyikan Jamaludin Alias yang juga bekas pengulas sukan terkenal di RTM.

Karya ini dihasilkan sewaktu tercetusnya Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1962 hingga 1966.

Artikel Berkaitan:

Tapi kalau tanya Merak Jalanan, apakah lagu patriotik masa kini yang Merak Jalanan minat; terlintas lagu Negaraku, kolaborasi empat penyanyi popular, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir dan lagu Malaysia juga nyanyian Faizal Tahir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!