Intan Biotech bantu orang ramai bina jenama sendiri

Syarikat Intan Biotech hanya menghasilkan satu formula untuk setiap usahawan.
Syarikat Intan Biotech hanya menghasilkan satu formula untuk setiap usahawan.
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat Malaysia kini berpeluang membina jenama sendiri dan bergelar usahawan dalam bidang kosmetik dan kecantikan dengan bantuan syarikat Intan Biotech Industries Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini.

Menariknya, premis yang akan beroperasi pada awal Oktober ini merupakan kilang terbesar di Pantai Timur.

Pengurus Besar Intan Biotech, Nuramalina Ab Aziz berkata, pihaknya sudah mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan produk kecantikan dan kosmetik memandangkan syarikat berkenaan sudah mempunyai dua rangkaian kilang yang melibatkan minuman pra campuran serta kesihatan pada tahun 2011.

“Selain itu, kami turut mempunyai kilang menghasilkan ubat tradisional (2020) yang bertaraf GMP. Untuk makluman, minuman pra campuran dan kesihatan yang dihasilkan oleh pihak kami lengkap Amalan Pengilangan Baik (GMP), Halal, HACCP serta ISO.

Nuramalina (kiri) bersama Adilah (dua dari kiri), Atikah (dua dari kanan) serta Siti Zakirah semasa majlis perasmian kilang baharu.
Nuramalina (kiri) bersama Adilah (dua dari kiri), Atikah (dua dari kanan) serta Siti Zakirah semasa majlis perasmian kilang baharu.

“Paling penting produk yang dihasilkan di sini dijamin halal dan bersih serta telah berjaya dieksport ke Eropah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Singapura dan Indonesia manakala terbaharu di Ethiopia.

“Melihat kepada perkembangan semasa di mana produk kosmetik dan kecantikan mendapat permintaan tinggi, kami cuba memenuhi hasrat mereka yang ingin bergelar usahawan dengan membina sebuah kilang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta kecanggihan terkini,” katanya semasa Majlis Perasmian Kilang Produk Kosmetik dan Kecantikan Intan Biotech, di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh pasangan adik-beradik Atikah dan Adilah Abdullah yang merupakan Pengarah Urusan Intan Biotech.

Artikel Berkaitan:

Atikah (kanan) dan Adilah hadir semasa Majlis Perasmian Kilang Produk Kosmetik dan Kecantikan Intan Biotech di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Atikah (kanan) dan Adilah hadir semasa Majlis Perasmian Kilang Produk Kosmetik dan Kecantikan Intan Biotech di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Menurut Nuramalina, kelebihan yang ditawarkan oleh Intan Biotech ialah pihaknya hanya menghasilkan satu formula untuk setiap usahawan.

Tambahnya, setiap produk yang dihasilkan adalah eksklusif, bermutu dan mudah untuk dijual di pasaran.

Ujarnya, syarikat juga menyediakan satu kumpulan khas penyelidikan dan pembangunan (RnD) untuk membantu dan membimbing para usahawan.

Kakitangan Intan Biotech bergambar di hadapan kilang terbesar syarikat itu di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Kakitangan Intan Biotech bergambar di hadapan kilang terbesar syarikat itu di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

“Di sini, bermula dengan sekecil modal sehingga ke peringkat besar semua orang boleh bergelar usahawan.

“Kami sedia membantu, dan berdasarkan pengalaman lepas sudah ramai usahawan jutawan yang telah dilahirkan bermula ‘zero ke hero’,” ujarnya.

Jelasnya, kewujudan kilang tersebut turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama golongan muda.

Tulang belakang syarikat yang bersedia melahirkan usahawan jutawan di Malaysia.
Tulang belakang syarikat yang bersedia melahirkan usahawan jutawan di Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Kilang Kosmetik, Siti Zakirah Abdul Kadir memberitahu, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri tersebut boleh melayari laman sesawang https://intanbiotech.com.my/ atau hubungi talian 012-889 9469.

Menurutnya, khidmat pemasaran turut ditawarkan kepada bakal usahawan yang melibatkan 20 orang pegawai khidmat pelanggan/pemasaran yang berpengalaman.

Ujarnya, seseorang individu boleh memiliki produk sendiri dengan kuantiti tempahan yang paling minimum.

Atikah semasa menyampaikan ucapan perasmian.
Atikah semasa menyampaikan ucapan perasmian.

“Kami juga menawarkan bimbingan pemasaran, pensampelan (R&D) dan reka bentuk grafik secara percuma serta bimbingan khidmat pendaftaran produk, pensijilan halal dan lain lain kerana tujuan utama bukan semata-mata mencari keuntungan tetapi membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan.

“Paling utama di sini adalah kami akan bimbing mereka yang berminat dan mempunyai cita-cita untuk duduk sebaris dengan usahawan telah berjaya,” jelasnya.

Pengarah Urusan Intan Biotech, Abdullah A Beeran (enam dari kanan)bergambar bersama kakitangan syarikat itu.
Pengarah Urusan Intan Biotech, Abdullah A Beeran (enam dari kanan)bergambar bersama kakitangan syarikat itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!