Hasrat bapa temukan anak istimewa dengan Agong, Raja Permaisuri tercapai

Tunku Azizah turut berkenan mendukung Missclyen dan baginda berdua turut menitipkan pesan kepada Roland untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya. - Foto ihsan video tular
Tunku Azizah turut berkenan mendukung Missclyen dan baginda berdua turut menitipkan pesan kepada Roland untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya. - Foto ihsan video tular
A
A
A

SHAH ALAM - Hasrat seorang bapa yang ingin menemukan anak istimewanya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tercapai apabila pasangan diraja itu mencemar duli di Kampung Penan Muslim, Bintulu sempena Kembara Kenali Borneo di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Tiktok, kelihatan lelaki itu, Roland Jimba, 48, sedang mendukung anaknya, Missclyen yang dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH).

Katanya, sebelum ini anaknya yang berusia dua tahun itu hanya dilihat menerusi aplikasi TikTok atau televisyen dan beliau berhasrat untuk mempertemukan secara empat mata dengan Tuanku serta Permaisuri Agong.

"Saya mahu membawa anak saya berjumpa dengan Agong, selama ini Tuanku berdua hanya dapat melihatnya menerusi viral jadi disebabkan sudah sampai di Kampung Penan Muslim saya ingin mempertemukan mereka," ujarnya menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit itu.

Dalam rakaman video tersebut, Roland dilihat berjaya membawa anaknya berjumpa dengan pasangan berkenaan dan baginda berdua turut menitipkan pesan kepadanya untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya.

"Jaga baik-baik ya, anak syurga ni, tak buat pemeriksaan doktor," titah Al-Sultan Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!