Perancis rekod hampir 400 lebihan kematian akibat gelombang haba
GENEVA - Perancis mencatatkan hampir 400 lebihan kematian semasa gelombang haba pada Ogos, kata agensi kesihatan awam negara itu pada Rabu.
Penduduk berumur 75 tahun ke atas paling teruk terjejas, Agensi Anadolu melaporkan agensi itu sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tiada kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian telah dilaporkan dalam tempoh tersebut.
Gelombang haba ketiga pada musim panas berlaku dari 11 hingga 26 Ogos di Perancis, dan menjejaskan 52 daripada 96 jabatan utama negara itu, di mana 46.3 peratus penduduk tinggal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!