Laporan nahas Elmina dimuat naik di laman sesawang MOT esok

Anthony Loke (kiri) meninjau operasi Tren baharu laluan LRT Kelana Jaya hari ini. Foto Bernama
Anthony Loke (kiri) meninjau operasi Tren baharu laluan LRT Kelana Jaya hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa selepas terhempas di Lebuhraya Guthrie bulan lepas akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada 10 pagi esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perkara berkenaan ketika ditanya mengenai perkembangan terkini laporan nahas pesawat tersebut berdasarkan rakaman suara 30 minit yang diperoleh daripada memory puck pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) berkenaan.

"Semua fakta akan dikeluarkan esok, kami akan memuat naik laporan itu di laman web kami,” katanya ringkas dalam sidang media selepas meninjau pengoperasian tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang baharu bagi laluan Kelana Jaya, Stesen Pasar Seni, di sini, hari ini.

Mengenai pengoperasian tren baharu itu, Loke berkata mulai hari ini tiga lagi set tren baharu mula beroperasi bagi LRT Laluan Kelana Jaya di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27).

Menurut Loke tiga lagi set tren dijangka diterima menjelang akhir tahun dan disasarkan dapat mengurangkan kekerapan tren di waktu puncak dari 3.8 minit kepada tiga minit. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!