Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - Misi PBB

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 13 kubur besar ditemui berhampiran bandar El Geneina di Sudan.

Kubur terbabit dipercayai hasil serangan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan anggota militan lain terhadap rakyat tempatan di wilayah itu, Volker Perthes, wakil khas Setiausaha Agung PBB untuk Sudan dan ketua Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB di Sudan (UNITAMS), berkata Rabu.

"Pejabat Hak Asasi Manusia Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima laporan yang boleh dipercayai tentang kewujudan sekurang-kurangnya 13 kubur besar di El Geneina dan kawasan sekitarnya dan dipercayai milik komuniti Massalit," Perthe memberitahu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, lapor Sputnik.

Beliau menambah bahawa sekurang-kurangnya 5,000 orang telah terbunuh manakala lebih 12,000 orang cedera sejak awal konflik di Sudan.

Lebih 3.7 juta orang hilang tempat tinggal manakala lebih 800,000 pelarian Sudan mencari perlindungan merentasi sempadan akibat konflik, menurut angka PBB. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!